Friday, 28 June 2013

ACTION SONG COMPETITION

Belia bebas dadah. Tanpa mengira usia,peranan untuk hidup sihat dan ceria perlu dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat. Kanak-kanak juga memainkan peranan penting untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat seterusnya menjauhi dadah.

Menerusi Pertandingan Action Song contohnya, kanak-kanak dapat mengisi masa dengan baik, selain dapat mempelajari Bahasa Inggeris menerusi lagu. Mereka juga memperaktikkan budaya hidup sihat melalui pergerakan tarian yang dilakukan. Syukur kepada Tuhan kerana Sk Jugra telah dinobatkan Naib Johan di Peringkat Daerah.



Friday, 21 June 2013

5 MINIT BERSAMA PPDA

Setiap kali sesi Ko-kurikulum pada hari Rabu, Unit PPDA akan menjalankan aktiviti '5 Minit bersama PPDA'. Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran tentang bahaya dadah, melatih murid sebagai penyampai mengenai bahaya dadah dan seterusnya memupuk sikap benci dadah di dalam diri murid-murid. Implikasinya melalui program ini, ianya dapat menjadikan murid lebih beringat tentang bahayanya dadah kepada semua golongan selain memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep,menyelesaikan masalah   serta  berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.





i



Wednesday, 8 May 2013

APA ITU ZON D.A.R.I.H?

Penglibatan seseorang di dalam kancah dadah kadangkala berpunca daripada gejala-gejala yang lain. Setiap gejala ini berpotensi untuk mengheret seseorang itu kepada aktiviti yang menjurus kepada kandah dadah. Sememnagnya semenjak kecil lagi kita perlu memupuk kesedaran tentang bahaya dadah, namun di peringkat kanak-kanak mereka mungkin mudah dipengaruhi dengan aktiviti seperti merokok. Aktiviti seperti inilah yang mampu membuatkan mereka terlibat dengan isu yang lebih besariaitu dadah. Justeru apaka zon DARIH?

D- DADAH
A- ARAK
R- ROKOK
I - INHALEN
H - HIV

Setiap gejala ini berpotensi untuk memudaratkan manusia. Jadi bergantung kepada kita, jalan manakah yang ingin kita pilih?

TAYANGAN VIDEO ANTI-DADAH

Proses pembelajaran berlaku secara langusung mahupun tidak. Teori Gardner pemberlajaran mengatakan murid akan lebih cepat belajar jika mereka mempelajari sesuatu menerusi kecenderungan mereka. Penulis buku Carol Read pula mengatakan kanak-kanak cenderung terhadap sesuatu berupa visualand kesan yang diberikan lebih effektik dan cepat. Berdasarkan pendapat ini, bagi menimbulkan sesedaran dalam kalangan murid-murid, tayangan video anti dadah telah dijalankan. Kumpulan sasaran dalam kalangan murid Tahun 3 ke atas. 

Menerusi tayangan video yang dijalankan kepada murid Tahun 4, mereka berpendapat dadah adalah bahan negatif yang mampu merosakkan hidup mereka. Kesedaran yang timbul ini amat penting bagi memupuk amalan benci dadah seterusnya melahirkan generasi bebas dadah di masa hadapan.





Wednesday, 6 March 2013

KAUNSELING KELOMPOK (MURID BERISIKO)

Bagi murid-murid sekolah rendah kes-kes penglibatan dadah di kalangan mereka mungkin agak terpencil, namun proses pencegahan perlu dititikberatkan. Pelbagai unsur-unsur luar yang lain juga mampu mempengaruhi murid-murid untuk terjebak di dalam kancah dadah. Salahsatu daripada gejala-gelaja lain tersebut adalah merokok yang mana mudah bagi murid-murid sekolah rendah untuk terlibat. 

Di sekolah kami, beberapa orang murid telah di kenal pasti mampu atau pun terjebak dalam aktiviti merokok.Oleh itu, unit PPDA telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi kaunseling untuk mendalami masalah murid-murid tersebut dengan harapan mereka boleh berubah. Dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan, Unit PPDA telah menemuramah murid-murid tersebut dan memberi nasihat sewajarnya. Platform untuk mereka berseara juga diberikan untuk pihak kaunselor lebih memahami jiwa mereka ini. Kadangkala kita tidak seharusnya menunding jari kepada mereka kerana mereka ialah insan yang masih kecil tidak berupaya berfikir secara kritikal dan rational. Pertimbangan rational sememangnya memerlukan kesedaran akan baik atau buruk sesuatu perkara. Namun, jika terdapat faktor luar seperti pengaruh rakan sebaya mahupun ibu bapa yang merokok, jangan pula dipersalahkan anak jika mereka merokok juga. 



Saturday, 2 February 2013

PROSES KEMASKINI SUDUT PPDA

Pada tahun ini, sekolah kami telah pun membuat sebuah sudut PPDA yang terletak berhampiran tangga Bilik Kesihatan. Proses pengemaskinian giat dijalankan sepanjang tahun. Kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk menghiasi sudut ini bukan sahaja untuk memberi informasi murid malahan mampu menarik perhatian mereka. Oleh itu, kami telah membuat mural, hiasan gantung, pintu gerbang dan melekatkan poster-poster menarik untuk tatapan murid-murid. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah berkerjasama membantu menghiasi sudut ini.