Kewujudan sudut atau bilik khas
untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan
sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap masa.
Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada
terletak di tangga kiri pejabat sekolah dan Bilik Kesihatan. Ia difikirkan
sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk
laluan, berkumpul, kelas seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Sudut yang sedia ada telah dicalonkan bagi
mewakili Daerah Kuala Selangor bagi pertandingan kategori Sudut ePPDA yang akan
dinilai pada bulan September 2010. Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan seperti ruang pidato, ruang aktiviti, bahan
pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid
bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang
menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.
KUMPULAN SASARAN
Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya,
dan khususnya kepada
murid-murid.
PERLAKSANAAN
1. Tarikh :
Sepanjang tahun
2. Tempat :
Sudut PPDa SK Jugra,berhampiran tangga kiri Pejabat Sekolah dan Bilik Kesihatan.
No comments:
Post a Comment