DEFINISI DADAH
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
1. Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”,
“Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”.
Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran
gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine
base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk
blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan
morfin atau menelan pil-pil morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”,
“Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja
merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan
dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai
tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
3. Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan
lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia
di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan
di Amerika Syarikat.
4. Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah
asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual
dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen
adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT,
PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular
disalahgunakan oleh golongan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh
kebanyakan penagih di negara-negara barat.
5. Penekanan
Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga
ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem
saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah
“erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap
disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka
kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5” sebagai
pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis
“sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga
ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga
sebagai “rape drugs” oleh perogol.
“Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang
lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol
juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi
dan reaksinya. Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai
kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak
balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh
membawa maut.
No comments:
Post a Comment