Thursday 29 September 2016

Wednesday 21 September 2016

Ekspedisi Pendakian Bukit Broga, Semenyih Sempena Kempen Benci Dadah

Pada 26 Ogos 2016, Sabtu, pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah dengan kerjasama Unit PPDA SK Jugra telah mengadakan ekspedisi pendakian Bukit Broga. Seramai lebih 30 orang murid telah menyertai ekspidisi ini yang turut disertai sekolah-sekolah daerah Kuala Langat dalam usaha untuk menggalakkan pengamalan cara hidup sihat seterusnya menghindari bahaya dadah.

Guru-guru yang terlibat pula adalah dalam kalangan guru PBSM dan guru Unit PPDA. Apa yang menarik bagi ekspedisi ini adalah penyertaan daripada sekolah-sekolah lain yang turut bersama-sama melakukan pendakian Bukit Broga. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengenali murid-murid daripada sekolah lain di samping dapat melakukan aktiviti kecergasan bersama-sama.
Guru-guru SK Jugra bergambar bersama-sama di puncak Bukit Broga.

Guru-guru SK Jugra bergambar bersama guru-guru lain sambil menyerahkan brosur Unit PPDA bagi mempromosi Kempen Benci Dadah

Wednesday 14 September 2016

BERSATU MEMBANTU MEMBINA LALUAN PPDA

Usaha untuk membanteras dadah dan bahan terlarang bukan sahaja dalam kalangan murid. Malah, dalam kalangan murid,pekerja dan komuniti sekitar.

Pengawas PPDa juga memainkan peranan yang penting dalam menjalankan usaha membanteras dadah dengan berada di laluan PPDa bagi menerangkan informasi di kawasan tersebut.



Wednesday 15 June 2016

KESAN HALO: HEBAHAN DI SEKOLAH DAN KOMUNITI

Sebagai menyambut tanda sokongan pihak sekolah dalam mengajak komuniti sekitar dalam usaha PPDa, sekolah telah menjalankan pelbagaikan lawatan, dan menjalinkan usahasama di komuniti sekitar. Antaranya:
Penyerahan brosur PPDa di Bahagian Perubahan TUDM.

Penyerahan brosur di Hospital Banting.

Penyerahan brosur kepada doktor dan jururawat Hospital Banting.

Tuesday 17 September 2013

REPLIKA D.A.R.I.H

Bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Unit PPDA yang bakal tiba, kami telah berusaha membuat replika DARIH untuk menghiasi halaman sekolah kami. Berkat kerjasama guru-guru, replika ni dapat disiapkan. Kami berharap murid-murid mahupun pelawat akan lebih peka tentang mesej yang cuba disampaikan melalui replika ini iaitu bahaya dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV.









PROJEK KHAS UNIT PPDA

Bagi menyerikan lagi sudut atau laluan PPDA ini unit kami telah membuat pintu gerbang ke laluan ini. kami berharap dengan adanya pintu gerbang ini dapat menarik perhatian murid untuk datang dan membaca bahan bacaan di sini.