KESAN HALO

Bagi menyemarakkan usaha unit PPDA SK Jugra, pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi impak kepada murid serta masyarakat setempat. Unit ini telah membuat brosur dan memberi poster-poster kesedaran di masyarakat setempat dengan harapan agar bukan sahaja murid dapat menimbulkan kesedaran anti-dadah, malah komuniti di luar sekolah juga.

Misi kami berpusatkan tempat-tempat awam seperti perhentian bas, cyber cafe, kedai-kedai tumpuan pelanggan mahupun di tepian jalan. Semoga dengan usaha kami ini, masyarakat akan lebih sedar tentang bahaya dadah.







No comments:

Post a Comment