Tuesday 17 September 2013

REPLIKA D.A.R.I.H

Bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Unit PPDA yang bakal tiba, kami telah berusaha membuat replika DARIH untuk menghiasi halaman sekolah kami. Berkat kerjasama guru-guru, replika ni dapat disiapkan. Kami berharap murid-murid mahupun pelawat akan lebih peka tentang mesej yang cuba disampaikan melalui replika ini iaitu bahaya dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV.









PROJEK KHAS UNIT PPDA

Bagi menyerikan lagi sudut atau laluan PPDA ini unit kami telah membuat pintu gerbang ke laluan ini. kami berharap dengan adanya pintu gerbang ini dapat menarik perhatian murid untuk datang dan membaca bahan bacaan di sini.



Tuesday 3 September 2013

SUMBANGAN MASYARAKAT LUAR KEPADA UNIT PPDA

Sumbangan dari Kedai Buku Leong Yue, Banting.

Sumbangan dari Kedai Buku Top, Banting.
Alhamdulillah diucapkan kepada Tuhan, aktiviti yang dijalankan oleh unit PPDA mendapat perhatian masyarakat luar. Segala aktiviti yang dijalankan pihak sekolah memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. Kami berasa syukur kerana terdapat beberapa pihak luar yang berbesar hati untuk memberi sedikit sumbangan kepada unit ini.

Wednesday 17 July 2013

CHORAL SPEAKING COMPETITION

Merupakan suatu penyertaan buat kali pertama SK Jugra, sekolah ini telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Kuala Langat. Murid-murid telah berlatih hanya selama kurang daripada 2 minggu dan mereka telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Syabas diucapkan.


Wednesday 10 July 2013

BAHAYA ARAK


Doktor Ira J. Goldberg, M.D. dari American Heart Association's Nutrition Committee yang juga merupakan seorang profesor perubatan di Universiti Columbia di New York pula berkata, “Nasihat saya ialah, jika anda benar-benar hendak menurunkan risiko diserang penyakit jantung, bercakaplah dengan doktor anda tentang cara hendak menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah. Di samping itu anda perlu mengawal berat badan anda, bersenam selalu dan mengambil makanan yang berkhasiat. Tidak terdapat satu pun bukti yang saintifik yang menunjukkan bahawa meminum wain atau yang seumpamanya dapat menggantikan pendekatan konvensional yang telah disebutkan dalam usaha untuk mencegah dari menghidap penyakit jantung.” Hal ini disebutkan dalam American Heart Association Journal Report bertarikh Januari 22, 2000.

Kesan Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains, diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari RenÉ Descartes University of Paris, arak tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan candu. Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh 27 Jun 1998.

Friday 28 June 2013

ACTION SONG COMPETITION

Belia bebas dadah. Tanpa mengira usia,peranan untuk hidup sihat dan ceria perlu dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat. Kanak-kanak juga memainkan peranan penting untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat seterusnya menjauhi dadah.

Menerusi Pertandingan Action Song contohnya, kanak-kanak dapat mengisi masa dengan baik, selain dapat mempelajari Bahasa Inggeris menerusi lagu. Mereka juga memperaktikkan budaya hidup sihat melalui pergerakan tarian yang dilakukan. Syukur kepada Tuhan kerana Sk Jugra telah dinobatkan Naib Johan di Peringkat Daerah.



Friday 21 June 2013

5 MINIT BERSAMA PPDA

Setiap kali sesi Ko-kurikulum pada hari Rabu, Unit PPDA akan menjalankan aktiviti '5 Minit bersama PPDA'. Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran tentang bahaya dadah, melatih murid sebagai penyampai mengenai bahaya dadah dan seterusnya memupuk sikap benci dadah di dalam diri murid-murid. Implikasinya melalui program ini, ianya dapat menjadikan murid lebih beringat tentang bahayanya dadah kepada semua golongan selain memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep,menyelesaikan masalah   serta  berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.





i



Wednesday 8 May 2013

APA ITU ZON D.A.R.I.H?

Penglibatan seseorang di dalam kancah dadah kadangkala berpunca daripada gejala-gejala yang lain. Setiap gejala ini berpotensi untuk mengheret seseorang itu kepada aktiviti yang menjurus kepada kandah dadah. Sememnagnya semenjak kecil lagi kita perlu memupuk kesedaran tentang bahaya dadah, namun di peringkat kanak-kanak mereka mungkin mudah dipengaruhi dengan aktiviti seperti merokok. Aktiviti seperti inilah yang mampu membuatkan mereka terlibat dengan isu yang lebih besariaitu dadah. Justeru apaka zon DARIH?

D- DADAH
A- ARAK
R- ROKOK
I - INHALEN
H - HIV

Setiap gejala ini berpotensi untuk memudaratkan manusia. Jadi bergantung kepada kita, jalan manakah yang ingin kita pilih?

TAYANGAN VIDEO ANTI-DADAH

Proses pembelajaran berlaku secara langusung mahupun tidak. Teori Gardner pemberlajaran mengatakan murid akan lebih cepat belajar jika mereka mempelajari sesuatu menerusi kecenderungan mereka. Penulis buku Carol Read pula mengatakan kanak-kanak cenderung terhadap sesuatu berupa visualand kesan yang diberikan lebih effektik dan cepat. Berdasarkan pendapat ini, bagi menimbulkan sesedaran dalam kalangan murid-murid, tayangan video anti dadah telah dijalankan. Kumpulan sasaran dalam kalangan murid Tahun 3 ke atas. 

Menerusi tayangan video yang dijalankan kepada murid Tahun 4, mereka berpendapat dadah adalah bahan negatif yang mampu merosakkan hidup mereka. Kesedaran yang timbul ini amat penting bagi memupuk amalan benci dadah seterusnya melahirkan generasi bebas dadah di masa hadapan.





Wednesday 6 March 2013

KAUNSELING KELOMPOK (MURID BERISIKO)

Bagi murid-murid sekolah rendah kes-kes penglibatan dadah di kalangan mereka mungkin agak terpencil, namun proses pencegahan perlu dititikberatkan. Pelbagai unsur-unsur luar yang lain juga mampu mempengaruhi murid-murid untuk terjebak di dalam kancah dadah. Salahsatu daripada gejala-gelaja lain tersebut adalah merokok yang mana mudah bagi murid-murid sekolah rendah untuk terlibat. 

Di sekolah kami, beberapa orang murid telah di kenal pasti mampu atau pun terjebak dalam aktiviti merokok.Oleh itu, unit PPDA telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi kaunseling untuk mendalami masalah murid-murid tersebut dengan harapan mereka boleh berubah. Dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan, Unit PPDA telah menemuramah murid-murid tersebut dan memberi nasihat sewajarnya. Platform untuk mereka berseara juga diberikan untuk pihak kaunselor lebih memahami jiwa mereka ini. Kadangkala kita tidak seharusnya menunding jari kepada mereka kerana mereka ialah insan yang masih kecil tidak berupaya berfikir secara kritikal dan rational. Pertimbangan rational sememangnya memerlukan kesedaran akan baik atau buruk sesuatu perkara. Namun, jika terdapat faktor luar seperti pengaruh rakan sebaya mahupun ibu bapa yang merokok, jangan pula dipersalahkan anak jika mereka merokok juga. 



Saturday 2 February 2013

PROSES KEMASKINI SUDUT PPDA

Pada tahun ini, sekolah kami telah pun membuat sebuah sudut PPDA yang terletak berhampiran tangga Bilik Kesihatan. Proses pengemaskinian giat dijalankan sepanjang tahun. Kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk menghiasi sudut ini bukan sahaja untuk memberi informasi murid malahan mampu menarik perhatian mereka. Oleh itu, kami telah membuat mural, hiasan gantung, pintu gerbang dan melekatkan poster-poster menarik untuk tatapan murid-murid. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah berkerjasama membantu menghiasi sudut ini.




Friday 18 January 2013

LAWATAN MURID KE SUDUT PPDA

Sepanjang tahun, sudut PPDA akan digunakan semaksima mungkin. Selaras dengan kurikulum pendidikan, pembelajaran merentas subjek telah dijalankan yang mana murid-murid mendapatkan pelbagai informasi tentang dadah untuk proses P&P subjek Bahasa Melayu, Sivik, Moral mahupun Kajian Tempatan.

Pelbagai informasi di dapati melalui pameran, carta, gambar dan poster-poster yang ditampal. Murid-murid juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada guru mereka tentang isu-isu berkaitan dadah.