Setiap kali sesi Ko-kurikulum pada hari Rabu, Unit PPDA akan menjalankan aktiviti '5 Minit bersama PPDA'. Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran tentang bahaya dadah, melatih murid sebagai penyampai
mengenai bahaya dadah dan seterusnya memupuk sikap
benci dadah di dalam diri murid-murid. Implikasinya melalui program ini, ianya dapat menjadikan murid lebih beringat tentang bahayanya dadah
kepada semua golongan selain memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep,menyelesaikan masalah serta
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment