Showing posts with label KESAN HALO. Show all posts
Showing posts with label KESAN HALO. Show all posts

Wednesday, 21 September 2016

Ekspedisi Pendakian Bukit Broga, Semenyih Sempena Kempen Benci Dadah

Pada 26 Ogos 2016, Sabtu, pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah dengan kerjasama Unit PPDA SK Jugra telah mengadakan ekspedisi pendakian Bukit Broga. Seramai lebih 30 orang murid telah menyertai ekspidisi ini yang turut disertai sekolah-sekolah daerah Kuala Langat dalam usaha untuk menggalakkan pengamalan cara hidup sihat seterusnya menghindari bahaya dadah.

Guru-guru yang terlibat pula adalah dalam kalangan guru PBSM dan guru Unit PPDA. Apa yang menarik bagi ekspedisi ini adalah penyertaan daripada sekolah-sekolah lain yang turut bersama-sama melakukan pendakian Bukit Broga. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengenali murid-murid daripada sekolah lain di samping dapat melakukan aktiviti kecergasan bersama-sama.
Guru-guru SK Jugra bergambar bersama-sama di puncak Bukit Broga.

Guru-guru SK Jugra bergambar bersama guru-guru lain sambil menyerahkan brosur Unit PPDA bagi mempromosi Kempen Benci Dadah

Wednesday, 15 June 2016

KESAN HALO: HEBAHAN DI SEKOLAH DAN KOMUNITI

Sebagai menyambut tanda sokongan pihak sekolah dalam mengajak komuniti sekitar dalam usaha PPDa, sekolah telah menjalankan pelbagaikan lawatan, dan menjalinkan usahasama di komuniti sekitar. Antaranya:
Penyerahan brosur PPDa di Bahagian Perubahan TUDM.

Penyerahan brosur di Hospital Banting.

Penyerahan brosur kepada doktor dan jururawat Hospital Banting.