Wednesday, 6 March 2013

KAUNSELING KELOMPOK (MURID BERISIKO)

Bagi murid-murid sekolah rendah kes-kes penglibatan dadah di kalangan mereka mungkin agak terpencil, namun proses pencegahan perlu dititikberatkan. Pelbagai unsur-unsur luar yang lain juga mampu mempengaruhi murid-murid untuk terjebak di dalam kancah dadah. Salahsatu daripada gejala-gelaja lain tersebut adalah merokok yang mana mudah bagi murid-murid sekolah rendah untuk terlibat. 

Di sekolah kami, beberapa orang murid telah di kenal pasti mampu atau pun terjebak dalam aktiviti merokok.Oleh itu, unit PPDA telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi kaunseling untuk mendalami masalah murid-murid tersebut dengan harapan mereka boleh berubah. Dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan, Unit PPDA telah menemuramah murid-murid tersebut dan memberi nasihat sewajarnya. Platform untuk mereka berseara juga diberikan untuk pihak kaunselor lebih memahami jiwa mereka ini. Kadangkala kita tidak seharusnya menunding jari kepada mereka kerana mereka ialah insan yang masih kecil tidak berupaya berfikir secara kritikal dan rational. Pertimbangan rational sememangnya memerlukan kesedaran akan baik atau buruk sesuatu perkara. Namun, jika terdapat faktor luar seperti pengaruh rakan sebaya mahupun ibu bapa yang merokok, jangan pula dipersalahkan anak jika mereka merokok juga. 



Saturday, 2 February 2013

PROSES KEMASKINI SUDUT PPDA

Pada tahun ini, sekolah kami telah pun membuat sebuah sudut PPDA yang terletak berhampiran tangga Bilik Kesihatan. Proses pengemaskinian giat dijalankan sepanjang tahun. Kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk menghiasi sudut ini bukan sahaja untuk memberi informasi murid malahan mampu menarik perhatian mereka. Oleh itu, kami telah membuat mural, hiasan gantung, pintu gerbang dan melekatkan poster-poster menarik untuk tatapan murid-murid. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah berkerjasama membantu menghiasi sudut ini.




Friday, 18 January 2013

LAWATAN MURID KE SUDUT PPDA

Sepanjang tahun, sudut PPDA akan digunakan semaksima mungkin. Selaras dengan kurikulum pendidikan, pembelajaran merentas subjek telah dijalankan yang mana murid-murid mendapatkan pelbagai informasi tentang dadah untuk proses P&P subjek Bahasa Melayu, Sivik, Moral mahupun Kajian Tempatan.

Pelbagai informasi di dapati melalui pameran, carta, gambar dan poster-poster yang ditampal. Murid-murid juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada guru mereka tentang isu-isu berkaitan dadah.