Merupakan suatu penyertaan buat kali pertama SK Jugra, sekolah ini telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Kuala Langat. Murid-murid telah berlatih hanya selama kurang daripada 2 minggu dan mereka telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Syabas diucapkan.
Wednesday, 17 July 2013
Wednesday, 10 July 2013
BAHAYA ARAK
Doktor
Ira J. Goldberg, M.D. dari American Heart Association's Nutrition Committee
yang juga merupakan seorang profesor perubatan di Universiti Columbia di New
York pula berkata, “Nasihat saya ialah, jika anda benar-benar hendak menurunkan
risiko diserang penyakit jantung, bercakaplah dengan doktor anda tentang cara
hendak menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah. Di samping itu anda perlu
mengawal berat badan anda, bersenam selalu dan mengambil makanan yang
berkhasiat. Tidak terdapat satu pun bukti yang saintifik yang menunjukkan
bahawa meminum wain atau yang seumpamanya dapat menggantikan pendekatan
konvensional yang telah disebutkan dalam usaha untuk mencegah dari menghidap
penyakit jantung.” Hal ini disebutkan dalam American Heart Association Journal
Report bertarikh Januari 22, 2000.
Kesan
Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?
Mengikut
satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains,
diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari RenÉ Descartes University of Paris,
arak tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan
candu. Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh
27 Jun 1998.
Subscribe to:
Posts (Atom)